THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Tuesday, January 20, 2009

SEKILAS SALAM...................


Tanggal 31 ogos 1956 selepas itu lahirlah aku di muka bumi tuhan, aku merupakan insan yang paling bertuah kerana dapat memenangi dalam perlumbaan ke dalam rahim. Aku dinamakan Mohd Rahmat b Kamarudin sempena dengan nama Menteri Penerangan pada masa itu iaitu Dato’ Mohamad Rahmat. Aku bersekolah di sekolah agama rakyat. Walaupun pada masa kecil aku malas sangat bersekolah di sekolah tersebut kerana terpaksa belajar bahasa arab tapi kini baru aku sedar ada hikmah disebalik bapaku menghantar aku ke sekolah tersebut. . Aku mengalami kehidupan zaman kecilku yang penuh dengan kegembiraan dan kesedihan. Banyak peristiwa dan coretan yang terpalit dihati samada manis ataupun pahit, tetapi semua ini telah mengajar aku erti kehidupan yang menjadikan aku seorang insan dimuka bumi tuhan. . Aku bersekolah di Sekolah Agama rakyat dari darjah satu sampai tingkatan 5. Satu-satunya sekolah gabungan di antara sekolah rendah dan menengah iaitu Sekolah Menengah Ugama Arab Al-Ittihadiah, Tanjung Pagar, Ketereh, Kelantan.