THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Sunday, February 22, 2009

Mencari Calon Menantu


Kadangkala kita sebagai ibu ditugaskan untuk mencari pasangan hidup oleh anak teruna kita. Nak cari yang sesuai memang susah tapi ada beberapa petua orang tua-tua yang boleh kita pakai. Pergilah bertandang ke rumah anak gadis yang anda rasakan boleh dijadikan calon menantu. Semasa bersalam dengan gadis tersebut gosok-gosok sedikit tapak tangannya itu, jika terasa lembut dan halus bermaksud anak gadis ini lemah lembut dan tidak dibiarkan atau enggan membuat kerja-kerja berat. Kerja-kerja rumah seperti memasak, membasuh atau kerja-kerja rumah lain sekali-sekala saja anak gadis ni buat, jadi orang tua-tua tidak kata anak gadis ini tidak sesuai untuk jadi calon menantu tapi nak jadi isteri orang perlulah cekap dalam hal-hal kerja rumhahtangga, bukankah begitu ? Andai kata tapak tangannya agak kasar, orang tua-tua menafsirkan anak gadis ini rajin buat kerja. Macam-macam dulu-dulu air perlu diangkut dari telaga, kain perlu dibasuh dengan tangan, dan macam-macam lagi kerja rumah yang perlu dilakukan oleh sebab itu tanganya kasar. Anak gadis macam inilah yang orang tua-tua berkenan. Satu lagi perkara yang perlu diambil perhatian adalah cara susunan kasut di luar rumah anak gadis tersebut. Jika kasut tersusun rapi, orang tua-tua menafsirkan anak gadis ni cermat orangnya tapi tidak tangkas dalam membuat kerja. Kerja yang dilakukan selalunya lambat untuk disiapkan. Alamatnya anak kita lambatlah nak makan nasi. Jika kasut diluar rumah berselerak ini menunjukkan anak gadis ni tangkas dan cepat dalam kerja-kerjanya, boleh la cepat makan nasi. Pilihlah yang mana satu calon menantu anda.

0 comments: